Bekas mekanik kini pengusaha cendawan

Posted by Mutiara Mushroom | 8:25 AM | 5 comments »

Ahmad Bakri sambut seruan kerajaan tambah bilangan usahawan tani Bumiputera

MARAN: Kemampuan Bumiputera dalam sektor pertanian komersial bukan sesuatu yang baru. Bilangan mereka yang semakin bertambah membuktikan usaha gigih itu mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit dalam industri tanaman cendawan masih kurang menyebabkan seorang bekas mekanik, Ahmad Bakri Ishak, 30, berhasrat mendalami bidang itu secara lebih serius.

Ahmad Bakri berkata, sepanjang terbabit dalam sektor itu tiga tahun lalu, beliau menyedari bahawa pertanian memberi lebih keuntungan jika diusahakan secara lebih praktikal dan bersistematik.

Bersama isteri, Norsailah Mohd Alias, 27, beliau memulakan projek tanaman cendawan di belakang rumah ibunya, Asiah Abdullah, di Felda Bukit Tajau, Maran, selepas melihat dan mengkaji nilai komersial tanaman itu di pasaran tempatan.

Tanpa sebarang kursus dan latihan asas mengenai proses penanaman dan penghasilan cendawan, beliau membuat keputusan membina sebuah rumah cendawan sebagai permulaan dan membeli bahan mentah iaitu habuk kayu getah, dedak ayam halus, kapur pertanian dan mesin pengisar habuk dengan modal permulaan RM4,000.


"Lawatan ke beberapa ladang cendawan di Triang dan Balok berjaya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan ini selepas mendapat nasihat pengusaha itu sendiri selain dorongan keluarga.

"Walaupun pada peringkat awal projek, saya hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan, ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskannya kerana yakin `pertanian adalah perniagaan," katanya.

Ahmad Bakri berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM3,000 sebulan dan mula membuat simpanan untuk membina dua lagi rumah cendawan bagi menampung permintaan pasaran.

Kini, syarikatnya, ABS Bakri Enterprise adalah pengeluar cendawan tiram kelabu yang aktif membekalkan cendawan segar dan bungkah benih cendawan kepada penduduk setempat, pembekal dari luar daerah dan sekitar Maran terutama peniaga kedai makan dan restoran.

Beliau berkata, walaupun permintaan semakin meningkat, pihaknya tidak dapat memenuhinya berikutan kekurangan bahan mentah dan pekerja.

"Ada ketikanya, bekalan benih cendawan kehabisan dan saya terpaksa pergi ke ladang cendawan di Triang untuk mendapatnya dalam kuantiti yang besar, selain membeli habuk kayu getah sehingga 10 tan pada satu-satu masa.

"Benih cendawan dibeli RM5 bagi setiap botol dan boleh diisi dalam 30 bungkah, manakala habuk kayu yang dibeli berharga RM400 bagi setiap 10 tan boleh menghasilkan antara 20,000 hingga 25,000 bungkah," katanya.

Ahmad Bakri memperuntukkan sebahagian besar masanya meneliti bungkah cendawan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak dicemari bakteria atau kuman, selain ancaman tikus.

Beliau berkata, penjagaan rapi dan penetapan masa penting bagi memastikan kadar pertumbuhannya selari dengan tempoh ditetapkan iaitu antara 40 dan 50 hari bagi kutipan hasil setiap satu pusingan.

"Saya menggunakan modal sendiri menjalankan kegiatan ini kerana tidak mahu dibebani hutang seandainya projek ini gagal.

"Sekarang, saya memiliki sebuah rumah cendawan berukuran 14 x 16 kaki yang boleh memuatkan sehingga 5,000 bungkah cendawan dalam satu masa, sebuah bilik penyediaan bungkah cendawan dan sebuah bekas untuk mengewap bungkah," katanya.

Ahmad Bakri berkata, beliau mampu menjual antara 4,000 hingga 5,000 bungkah cendawan sebulan dan permintaan terus meningkat berikutan orang ramai mula didedahkan dengan kebaikan dan khasiatnya.

"Saya juga membekalkan cendawan segar pada harga RM10 sekilogram, manakala RM1 dan RM1.20 bagi setiap bungkah cendawan," katanya.

Menurutnya, proses pembiakan cendawan tiram kelabu tidak sukar kerana ia memerlukan suhu lembap sekitar 27 darjah celsius dan 90 peratus kegelapan bilik yang sentiasa bertutup untuk membiak cepat dan sihat. Selain itu, lantai rumah cendawan perlu disiram antara satu dan dua kali sehari bagi melembapkan suhu dalam rumah cendawan berkenaan.

"Jika terdedah pada kepanasan matahari, cendawan akan menjadi kecut menyebabkan kualitinya merosot. "Selain itu, bungkah cendawan juga akan rosak jika terkena air dan alah kepada bauan seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya," katanya yang turut mendapatkan maklumat mengenai tanaman cendawan menerusi internet.

Ahmad Bakri berkata, berdasarkan potensi pasaran cendawan, pihaknya sedia membantu mana-mana usahawan yang mahu terbabit dalam sektor itu walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. "Kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya terbabit dalam sektor pertanian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan.

Berdasarkan pengalaman, saya sedia menyalurkan ilmu kepada sesiapa yang berminat, sekali gus pembabitan mereka kelak dapat menampung permintaan cendawan yang semakin meningkat," katanya.

FAKTA5 langkah tanam cendawan;

  • Membuat bongkah yang menjadi empat tumbuahn itu dibiakkan.
  • Bongkah dibuat dengan memasukkan habuk kayu getah dan dedak padi halus yang dicampurkan kapur pertanian dalam mesin adunan khas hingga sebati dan dimasukkan dalam bungkusan plastik.
  • Bongkah perlu ditutup penutup khas dan dimasukkan dalam mesin wap selama hampir lapan jam bagi menghapuskan bakteria.
  • Bongkah kemudian dibiarkan sejuk selama hampir 48 jam sebelum memasukkan kira-kira sesudu besar benih cendawan tiram kelabu atas bungkah dan ditutup antara empat dan lima hari sebelum dibuka bagi tujuan pembiakannya.
  • Bongkah cendawan diletakkan atas rak dalam rumah cendawan dan setiap benih yang masuk dicatatkan tarikh bagi memudahkan pengiraan masa dan tempoh cendawan matang.
    1. 5 comments

      1. Rithauddin // July 9, 2016 at 9:01 AM  
        This comment has been removed by the author.
      2. Rithauddin // July 9, 2016 at 9:16 AM  
        This comment has been removed by the author.
      3. Rithauddin // July 9, 2016 at 9:16 AM  

        Assalamualaikum en ahmad bakri...sy rithauddin dr kota kinabalu,sy berminat utk menceburi bidang penanaman cendawan ni. Jd sy ingin mempelajari sedikit sebanyak dr tuan,jika tdk keberatan minta tn whatapp sy d no 013-8105011 utk lbh memudahkan komunikasi...terima kasih.

      4. ipah // December 23, 2020 at 5:40 PM  

        salam encik....sy dari tumpat kelantn..sy bermnt dah sedang mngusaha bilik cndawn 12x10...sy ingin memahami lg berkaitan cndawn.dan ingin mmborong cndawan kuantiti byk.mntk tunjuk ajar. 0136448782 .

      5. ipah // December 23, 2020 at 5:40 PM  

        salam encik....sy dari tumpat kelantn..sy bermnt dah sedang mngusaha bilik cndawn 12x10...sy ingin memahami lg berkaitan cndawn.dan ingin mmborong cndawan kuantiti byk.mntk tunjuk ajar. 0136448782 .