Kejayaanmu Kebanggaan Kami.

Posted by Mutiara Mushroom | 2:09 PM | 7 comments »


Berhenti kerja, usahakan cendawan tiram kelabu
Oleh ANI AWANG


Nor Ariff Mat Nasid menunjukkan benih cendawan tiram kelabu di Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak, semalam.


BOTA 7 Nov. - Menyedari bidang pertanian mendatangkan pulangan yang lumayan, seorang pemuda, Nor Ariff Mat Nasid, 28, nekad berhenti kerja di sebuah kilang kereta kerana mahu menceburi tanaman cendawan tiram kelabu di Parit 11, Titi Gantung, dekat sini.

Beliau yang menceburi perusahaan itu bersama-sama dengan abangnya, Nor Azman telah memajukan perusahaan tersebut sejak dua tahun lalu.

"Saya sanggup berhenti kerja di kilang membuat kereta di Rawang kerana mendapati tanaman cendawan yang diusahakan di rumah mempunyai potensi di pasaran.

"Saya dan abang memajukan tanaman cendawan ini kerana tidak ada pengusaha lain yang memajukan perusahaan ini di sini secara besar-besaran," katanya ketika ditemui pada pameran sempena Hari Ladang anjuran Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah di Titi Gantung dekat sini hari ini.

Beliau yang mendapat bimbingan daripada usahawan yang berjaya mengenai tanaman cendawan ini mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan moden dan canggih.

''Saya dan abang melaburkan modal permulaan sebanyak RM10,000 untuk membina sebuah rumah bagi menempatkan tanaman yang semakin digemari ramai itu.

"Tanaman ini menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti kulit gandum, dedak padi, kapur dan habuk kayu untuk dijadikan tempat pembiakan cendawan ini," katanya.
Hasilnya, kata Nor Ariff, perusahaannya kini mempunyai 40,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.

"Walaupun perusahaan ini dibuat di kawasan rumah tetapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan yang dihasilkan setanding dengan cendawan yang diusahakan oleh pengusaha lain," katanya.

Nor Ariff berkata, cendawan tiram kelabu ini mempunyai rasa yang enak apabila di makan kerana penanamannya tidak menggunakan bahan-bahan kimia.

Menurut beliau, penanaman cendawan ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh dua bulan.
Katanya, hasil cendawan ini boleh dituai dalam tempoh di antara tujuh hingga sembilan bulan bagi setiap beg plastik yang diusahakan itu.

''Setiap cendawan yang dikutip itu dipasarkan di sekitar Titi Gantung dan Seri Iskandar dengan harga di antara RM8 hingga RM10 bagi setiap sekilogram," katanya.

Nor Ariff bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan dengan harapan tanaman ini boleh dipasarkan di beberapa kawasan lain kerana permintaan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya, sesiapa yang berminat mengikuti kursus mengenai penanaman cendawan boleh menghubungi beliau di Lot 262, Parit 11, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
sumber: Utusan Malaysia

Aktiviti baru...

Posted by Mutiara Mushroom | 5:02 AM | 2 comments »



Salam.... mungkin ramai yg dah kenal tgk gamba kat sebelah atas tu, betol laa tu gambar ikan ketutu heheh.... kebelakangan nie sibuk siket dgn new farm setup (bukan saya punya tapi customer punya hehe...). Pasal ikan ketutu tu pulak baru nak try disamping projek cendawan. Tak salah rasanya mempelbagaikan operasi kita yg boleh mendatangkan hasil :)

Jadi ikan nie takda laa susah sgt nak bela (bila dah tahu setting dia), suka tmpt2 gelap mcm cendawan jugak hahaha..... dan yg paling pentingnya ikan nie tinggi harganya kerana kurang dipasaran disamping permintaaan yg tinggi utk ikan2 dewasa. Cuba laa fikirkan hrga ikan nie boleh mencecah rm50-rm80/kg dah masa2 tertentu melambung smpai rm90-rm120 hehehe...
Sapa nak try bela ikan nie kena laa blaja dulu kursus ke apa ker mintak nosihat Jbtn Perikanan ker tentang {{{{ kualiti air}}} pasal ikan nie ONLY akan stabil bila kualiti air CANTIK :)) dan lagi projek ikan jenis nie boleh dptkan loan dari agro bank, mara, tekun (sama jugak mcm dlm bidang cendawan)..... (boleh rasa beza layanan org2 Jabatan Perikanan dgn jbtn yg uruskn bhagian cendawan nie... sapa yg boleh dtg padang n sapa yg boleh tuding2 jari jer hahahah...)

Sapa nak order anak benih ikan nie boleh inform saya, stock terhad dan dlm kawasan jajahan taklukan negeri perak nie mmg takda masalah nak order byk mana pun bagitahu dulu.
Harga anak ikan:
3-4" = rm3.50
4-6" =rm4.50



p/s: mana yg jadi re-seller ke apa ker boleh email/sms/contact sya click dkt "contact" tu. semoga berjaya dlm bidang2 masing2 ;))

Projek Lepas Raya...

Posted by Mutiara Mushroom | 8:43 AM | 0 comments »

Salam semua.... lama dah tak update blog nie hehe.. kerja-kerja yg banyak diluar membataskan penggunaan internet buat seketika.. jika bulan puasa byk aktiviti-aktiviti membuat beg-beg media terbatas sekarang nie dah boleh mula semua balik. Lebih kurang 2-3 bulan rumput-rumput dikawasan farm terbiar, so faham-faham jer laa mahu sampai ke paras dada dah rumput-rumput tu hahaha.... so pagi tadi beli mesin rumput, harga pun boleh tahan buatan germany ada yg lagi satu berkenan buatan mitsubisi nama pun best harga dia lagi-lagi laaaa best hehehe.. so untuk praktikal beli yg harga berpatutan je.

1st time guna mesin rumput nie hahaha.. mmg tak pernah mesin rumput pun heheh... boleh tahan laa kepada anda yg takpernah cuba guna mesin rumput tu cuba jer jgn takut :) Alhamdulillah takda kemalangan semasa menggunakan mesin rumput nie dan Alhamdulillah kawasan farm dan terang balik, itu yang penting pun. Boleh start balik buat beg-beg cendawan lepas nie heheh... terima kasih byk2 kepada Abg Man (Tunas Alam) dalam kemurahan hati beliau, semoga boss sekeluarga dimurahkan rezeki :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Posted by Mutiara Mushroom | 8:32 AM | 0 comments »


Kami di Mutiara Muhroom ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin... Dengan Ingatan Tulus Ikhlas kepada semua pengunjuk lamat blog kami, kepada pengusaha-pengusaha lain yang banyak memberi sokongan dan galakkan kepada kami, kepada keluarga dan kepada anda semua yang beragama Islam... Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Penghantaran Bongkah ke Cameron Highland

Posted by Mutiara Mushroom | 12:33 PM | 3 comments »

Alhamdulillah pada minggu lepas telah selesai penghantaran bongkah ke Cameron Highland, terima kasih byk2 diucapkan kepada tauke Tan kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak kami dlm melaksanakan tugas2 yg diberi. Ini adalah hasil cendawan kami yg telah keluar dari farm tauke Tan di Cameron Highland, jadi kepada bakal2 pembeli dan juga kepada tauke2 cendawan yg telah berkerjasama dgn pihak kami, ini lah contoh hasil bongkah cendawan daripada mutiara mushroom. Menurut beliau purata berat cendawan yg keluar adalah 100g/beg dan yg paling berat 150g.



(click gambar utk gambar lebih jelas)

Lawatan dari MARDI.

Posted by Mutiara Mushroom | 10:09 AM | 0 comments »


Pada 13/08/08 yang lalu pihak MARDI telah sudi datang ke tapak projek cendawan kami untuk projek bersepadu dan juga memberi sedikit tunjuk ajar untuk memantapkan lagi projek cendawan kami.

Diantara tips yang hendak saya kongsikan bersama ialah:
  • membuang tunggul-tunggul kayu reput dan sebagainya dipersekitaran rumah cendawan

  • kawasan persekitaran rumah cendawan hendaklah bersih dan teratur.

  • buang rumput-rumput kering dipersekitaran rumah cendawan

diharap tips yang diberikan oleh warga Mardi dpt dikongsi bersama dgn pengusaha-pengusaha/ bakal-bakal pengusaha yang lain.

The latest from Blogger Buzz!!

Posted by Mutiara Mushroom | 8:30 AM | 0 comments »


Salam semua... lama dah nak update blog nie tapi bila nak login jer ambik masa berminit-minit lepas tu hang pulak bila dah dpt masuk.. so ceritanye harini alhamdulillah dpt post update progres mutiara mushroom dan yang saya terkejut sgt bila login dlm blog dekat 'dashboard' tu ada nampak word mcm malaysia.. so check balik kot-kot ada apa masalah rupanya sungguh membanggakan.. 'dunia blog' mengiktiraf kita dan sudah boleh menggunakan Bahasa Melayu.. diharap industri kita juga akan diiktiraf pada masa-masa hadapan, Insya'Allah :)

Tahun Pertama Mutiara Mushroom

Posted by Mutiara Mushroom | 8:29 AM | 0 comments »

potong la kek tu :)
[*1st Year Mutiara Mushroom*]

Alhamdulillah telah masuk tahun pertama mutiara mushroom pada bulan ini.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat didlm
menjayakan projek tanaman cendawan kami. Semoga industri cendawan akan terus berkembang secara positif dimasa hadapan, Insya'Allah...

Cima Agro tawar perladangan kontrak

Posted by Mutiara Mushroom | 8:29 AM | 0 comments »


SEBUAH syarikat berasaskan cendawan, Cima Agro Sdn. Bhd. menawarkan perladangan kontrak kepada mereka yang berminat mengusahakan tanaman tersebut bagi membantu dalam aspek pemasaran.

Syarikat terbabit, yang beroperasi di Kuala Selangor sejak 2002 menawarkan Skim Perladangan Kontrak tersebut bagi membantu mengatasi masalah pemasaran hasil cendawan kepada mereka yang kurang berpengalaman.

Cima Agro pada masa ini mampu mengeluarkan kira-kira 200 kilogram cendawan sehari dengan pasaran utama di pasar raya sekitar Lembah Klang.

Menurut pengarah syarikat, Mazlina Karim, disebabkan syarikatnya telah lama mengusahakan tanaman cendawan, beliau ingin melihat pengusaha lain berjaya dengan berkongsi pengalamannya.

‘‘Saya menawarkan skim perladangan kontrak sejak empat tahun dahulu kepada pengusaha-pengusaha kecil sebelum mereka mampu memasarkannya sendiri,’’ ujarnya.

Beliau berkata, syarikatnya telah dianugerahkan Sijil Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) menawarkan pembelian semula hasil cendawan yang ditanam oleh peserta pada harga RM5 sekilogram.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan Bengkel Usahawan Cendawan Bersama Mega-Utusan Malaysia seperti yang telah dijalankan bersama pihak lain seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agro Bank.

Menerusi bengkel tersebut beliau akan berusaha memberi banyak kelainan untuk peserta antaranya menawarkan Latihan Intensif dan Praktikal di ladang miliknya.

Ladang syarikat tersebut yang terletak di Jalan Haji Hashim, Bukit Belimbing, Kuala Selangor, berkeluasan satu setengah ekar dan mempunyai lapan buah rumah cendawan berukuran 20 kaki x 100 kaki.

Bagaimanapun, beliau lebih bersedia menerima mana-mana pemohon sekiranya mereka terletak tidak jauh dari lokasi syarikatnya.

Menerusi latihan tersebut, peserta dapat menghayati cara, masalah dan juga penyakit secara praktikal dan bukan hanya teori.

Selain itu, ujar Mazlina, syarikatnya juga mengadakan hari terbuka pada setiap Sabtu bermula pukul 3 petang bagi mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan dalam aspek penanaman cendawan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Cima Agro di talian 03-32600211 atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian 019-3060847.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman blog http://cima-agro.blogspot.com

Penghantaran Beg Media Ke Puchong Selangor

Posted by Mutiara Mushroom | 8:28 AM | 0 comments »

Salam dan terima kasih diucapkan diatas semangat ukhuwah yang ditunjukkan oleh Group Cendawan Puchong yang diketuai oleh En.Fadli, En.Anazim dan En.Sharaf didalam menjayakan projek pembelian beg media cendawan ini.

Permulaan projek dimulakan pada awal april dan Alhamdulillah setiap masalah yang dihadapi dlm menjayakan projek ini dapat pihak kami atasi dengan sebaik-baiknya dan seterusnya membuat penghantaran beg media ke puchong baru-baru ini. Segalanya berjalan dengan lancan dan diharap beg-beg media yang diterima oleh En.Fadli & Co. tidak mempunyai masalah yang banyak.

Semoga En.Fadli & Co. berjaya memulakan projek cendawan dgn jayanya disana. Semoga usaha kita sama-sama diberkati oleh-Nya.

Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada Cik Iela sekeluarga yang membeli bongkah-bongkah cendawan dan juga peralatan-peralatan cendawan termasuk mini mixer. Semoga gudang besar yang dijadikan tempat penanaman cendawan itu akan boleh menjadikan anda pembekal utama cendawan dikawasan Perak khasnya pada masa akan datang Insya'Allah... Terima kasih diatas sokongan anda.

Tarif baru elektrik berkuatkuasa 1 Julai

Posted by Mutiara Mushroom | 8:27 AM | 0 comments »

Tarif baru elektrik berkuatkuasa 1 Julai ini
05/06/2008 3:04pm


KUALA LUMPUR 5 Jun - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini mengumumkan tarif baru TNB berkuatkuasa 1 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB akan mengekalkan kadar tarif dipanggil `lifeline’ untuk pengguna kediaman atau domestik yang penggunaannya bulanannya sehingga 200 kWj.

``Pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 201 hingga 400 kWj dijangka mengalami peningkatan dalam bil bulanan sebanyak satu peratus hingga 11 peratus.

``Pengguna komersial dan industri dijangka mengalami peningkatan purata sebanyak 26 peratus, manakala pengguna komersial dan industri voltan rendah sehingga 200kWj akan dikenakan 18 peratus,’’ kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Alhamdulillah kursus penanaman cendawan bersama cikgu-cikgu Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan telah dijalankan dengan jayanya pada hari sabtu 10/05/08. Seramai 26 orang cikgu telah menghadiri kursus tersebut, kursus ini juga bertujuan mengeratkan hubungan diantara cikgu-cikgu disekolah diantara satu sama lain dan juga meningkatkan kerjasama diantara mereka. Yang menjadi penariknya kursus ini juga disertai oleh pengetua sekolah menengah teknik sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada pengetua sekolah teknik sendiri yang turut hadir dan juga kepada cikgu-cikgu yang menghadirkan diri untuk menyertai kursus tersebut. Terima kasih saya juga kepada orang kuat dibelakang tadbir yang menjayakan kursus penanaman cendawan ini, terutamanya kepada cikgu Rashid dan juga Hj Jaafaq.

Semoga usahasama pihak mutiara mushroom dan juga pihak sekolah menengah teknik akan berterusan dimasa-masa akan datang.

(gambar-gambar akan saya upload nanti...server slow sgt..)

Bekas mekanik kini pengusaha cendawan

Posted by Mutiara Mushroom | 8:25 AM | 5 comments »

Ahmad Bakri sambut seruan kerajaan tambah bilangan usahawan tani Bumiputera

MARAN: Kemampuan Bumiputera dalam sektor pertanian komersial bukan sesuatu yang baru. Bilangan mereka yang semakin bertambah membuktikan usaha gigih itu mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit dalam industri tanaman cendawan masih kurang menyebabkan seorang bekas mekanik, Ahmad Bakri Ishak, 30, berhasrat mendalami bidang itu secara lebih serius.

Ahmad Bakri berkata, sepanjang terbabit dalam sektor itu tiga tahun lalu, beliau menyedari bahawa pertanian memberi lebih keuntungan jika diusahakan secara lebih praktikal dan bersistematik.

Bersama isteri, Norsailah Mohd Alias, 27, beliau memulakan projek tanaman cendawan di belakang rumah ibunya, Asiah Abdullah, di Felda Bukit Tajau, Maran, selepas melihat dan mengkaji nilai komersial tanaman itu di pasaran tempatan.

Tanpa sebarang kursus dan latihan asas mengenai proses penanaman dan penghasilan cendawan, beliau membuat keputusan membina sebuah rumah cendawan sebagai permulaan dan membeli bahan mentah iaitu habuk kayu getah, dedak ayam halus, kapur pertanian dan mesin pengisar habuk dengan modal permulaan RM4,000.


"Lawatan ke beberapa ladang cendawan di Triang dan Balok berjaya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan ini selepas mendapat nasihat pengusaha itu sendiri selain dorongan keluarga.

"Walaupun pada peringkat awal projek, saya hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan, ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskannya kerana yakin `pertanian adalah perniagaan," katanya.

Ahmad Bakri berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM3,000 sebulan dan mula membuat simpanan untuk membina dua lagi rumah cendawan bagi menampung permintaan pasaran.

Kini, syarikatnya, ABS Bakri Enterprise adalah pengeluar cendawan tiram kelabu yang aktif membekalkan cendawan segar dan bungkah benih cendawan kepada penduduk setempat, pembekal dari luar daerah dan sekitar Maran terutama peniaga kedai makan dan restoran.

Beliau berkata, walaupun permintaan semakin meningkat, pihaknya tidak dapat memenuhinya berikutan kekurangan bahan mentah dan pekerja.

"Ada ketikanya, bekalan benih cendawan kehabisan dan saya terpaksa pergi ke ladang cendawan di Triang untuk mendapatnya dalam kuantiti yang besar, selain membeli habuk kayu getah sehingga 10 tan pada satu-satu masa.

"Benih cendawan dibeli RM5 bagi setiap botol dan boleh diisi dalam 30 bungkah, manakala habuk kayu yang dibeli berharga RM400 bagi setiap 10 tan boleh menghasilkan antara 20,000 hingga 25,000 bungkah," katanya.

Ahmad Bakri memperuntukkan sebahagian besar masanya meneliti bungkah cendawan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak dicemari bakteria atau kuman, selain ancaman tikus.

Beliau berkata, penjagaan rapi dan penetapan masa penting bagi memastikan kadar pertumbuhannya selari dengan tempoh ditetapkan iaitu antara 40 dan 50 hari bagi kutipan hasil setiap satu pusingan.

"Saya menggunakan modal sendiri menjalankan kegiatan ini kerana tidak mahu dibebani hutang seandainya projek ini gagal.

"Sekarang, saya memiliki sebuah rumah cendawan berukuran 14 x 16 kaki yang boleh memuatkan sehingga 5,000 bungkah cendawan dalam satu masa, sebuah bilik penyediaan bungkah cendawan dan sebuah bekas untuk mengewap bungkah," katanya.

Ahmad Bakri berkata, beliau mampu menjual antara 4,000 hingga 5,000 bungkah cendawan sebulan dan permintaan terus meningkat berikutan orang ramai mula didedahkan dengan kebaikan dan khasiatnya.

"Saya juga membekalkan cendawan segar pada harga RM10 sekilogram, manakala RM1 dan RM1.20 bagi setiap bungkah cendawan," katanya.

Menurutnya, proses pembiakan cendawan tiram kelabu tidak sukar kerana ia memerlukan suhu lembap sekitar 27 darjah celsius dan 90 peratus kegelapan bilik yang sentiasa bertutup untuk membiak cepat dan sihat. Selain itu, lantai rumah cendawan perlu disiram antara satu dan dua kali sehari bagi melembapkan suhu dalam rumah cendawan berkenaan.

"Jika terdedah pada kepanasan matahari, cendawan akan menjadi kecut menyebabkan kualitinya merosot. "Selain itu, bungkah cendawan juga akan rosak jika terkena air dan alah kepada bauan seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya," katanya yang turut mendapatkan maklumat mengenai tanaman cendawan menerusi internet.

Ahmad Bakri berkata, berdasarkan potensi pasaran cendawan, pihaknya sedia membantu mana-mana usahawan yang mahu terbabit dalam sektor itu walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. "Kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya terbabit dalam sektor pertanian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan.

Berdasarkan pengalaman, saya sedia menyalurkan ilmu kepada sesiapa yang berminat, sekali gus pembabitan mereka kelak dapat menampung permintaan cendawan yang semakin meningkat," katanya.

FAKTA5 langkah tanam cendawan;

  • Membuat bongkah yang menjadi empat tumbuahn itu dibiakkan.
  • Bongkah dibuat dengan memasukkan habuk kayu getah dan dedak padi halus yang dicampurkan kapur pertanian dalam mesin adunan khas hingga sebati dan dimasukkan dalam bungkusan plastik.
  • Bongkah perlu ditutup penutup khas dan dimasukkan dalam mesin wap selama hampir lapan jam bagi menghapuskan bakteria.
  • Bongkah kemudian dibiarkan sejuk selama hampir 48 jam sebelum memasukkan kira-kira sesudu besar benih cendawan tiram kelabu atas bungkah dan ditutup antara empat dan lima hari sebelum dibuka bagi tujuan pembiakannya.
  • Bongkah cendawan diletakkan atas rak dalam rumah cendawan dan setiap benih yang masuk dicatatkan tarikh bagi memudahkan pengiraan masa dan tempoh cendawan matang.
    1. Ibu tiga anak pengusaha cendawan

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:24 AM | 2 comments »

      Peluang Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) yang ditawarkan oleh majikan tempatnya bekerja tidak dibiarkan begitu saja.

      Melihat anak-anak yang semakin meningkat remaja dan memerlukan lebih perhatian menyebabkan Zainon Ariffin, 46, tidak berfikir dua kali.

      Selain menghabiskan masa memantau anak-anak di rumah, bekas penolong pengurus perkhidmatan pelanggan ini mula mengintai peluang perniagaan yang ada dengan menceburi projek menanam cendawan.

      Walaupun menjalankan kerja-kerja menanam cendawan, beliau masih boleh menghantar dan menjemput anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah.

      Berasal dari keluarga peniaga, Zainon mula menjinak-jinakan diri dengan penanam cendawan sebaik menerima tawaran VSS empat tahun lalu.

      Tidak seperti orang lain, Zainon telah mendapatkan kontrak membekalkan cendawan daripada CIMA Agro sebelum memulakan penanaman.

      Memulakan penanaman cendawan tanpa sebarang pinjaman daripada mana-mana agensi kerajaan, Zainon menggunakan duit simpanan semasa bekerja.

      “Selepas mendapat kontrak barulah saya mula mempelajari bagaimana menanam cendawan daripada ‘tok guru’ saya Normah Ibrahim dari Jabatan Pertanian.

      “Selain itu saya juga mempelajari kaedah menanam cendawan daripada CIMA Agro, Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah program siswazah menganggur dan penanam cendawan lain,”
      katanya semasa ditemui di ladangnya di Kampung Sekolah, Batang Kali, Selangor.

      Menanam cendawan kata Zainon, tidak boleh dikatakan mudah kerana ia memerlukan kawasan yang bersih, sejuk dan jauh daripada pencemaran.

      “Bagaimanapun tanaman ini diprogramkan supaya kita boleh mendapat hasil pada masa yang ditetapkan,” katanya yang sehingga kini masih tidak memohon sebarang pinjaman daripada mana-mana agensi kewangan.

      Mempunyai dua orang pekerja sambilan dan dibantu oleh ahli keluarga, Zainon memulakan tugas seawal lapan pagi.

      Tugas mengisi media (campuran habuk kayu, dedak dan sebagainya untuk cendawan membiak) ke dalam polibeg dilakukan oleh pekerja sambilan yang mahir dan dapat mengisi media dalam 1,000 beg sehari.

      “Sebelum itu saya, suami dan anak sulung akan menyediakan bahan-bahan untuk campuran media berkenaan,” katanya.

      Selepas polibeg diisi dengan media, ia akan dikukus selama lapan jam bagi membunuh semua organisma mikro yang boleh menyebabkan pencemaran.

      Proses mengukus polibeg banyak dibantu oleh bapanya yang amat menggalakkan Zainon menanam cendawan sejak awal lagi.

      Polibeg berkenaan kemudian disejukkan sebelum disuntik dengan benih cendawan yang dibeli daripada pembekal.

      “Masalah timbul apabila saya tidak mendapat benih yang sesuai bagi menghasilkan cendawan dengan saiz yang diperlukan di pasaran.

      “Biasanya tugas menyuntik benih cendawan saya serahkan kepada anak bongsu saya yang sekarang ini amat mahir melakukannya,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.

      Zainon berkata, setiap seorang anaknya walaupun masih bersekolah menengah telah diajar berjinak-jinak dengan industri cendawan.

      “Ini salah satu cara kami dapat melakukan aktiviti bersama-sama sambil mengeratkan hubungan keluarga kerana menanam cendawan bukanlah satu tugas yang berat,” katanya.
      Pada masa yang sama Zainon yang juga banyak menerima khidmat nasihat dan bimbingan serta merupakan projek contoh Perintis Agrotech Centre yang sering memberikan kursus berkaitan pertanian.

      Buat masa ini Zainon mempunyai tiga buah rumah cendawan yang boleh memuatkan sehingga 12,000 polibeg setiap satu.

      Tidak mahu hanya bergantung kepada pembekal benih cendawan, Zainon bercadang menghasilkan benih sendiri.

      Minatnya terhadap cendawan membawanya ke sehingga ke selatan Thailand untuk melihat sendiri ladang cendawan dan menimba ilmu di sana.

      “Saya akan berusaha mendalami ilmu penanaman cendawan bagi memperbaiki kaedah yang ada sekarang,” katanya.

      Beliau kini dalam usaha mendirikan makmalnya sendiri bagi mengeluarkan benih cendawan selewatnya pertengahan tahun ini.

      Selain itu, Zainon juga sedang menyediakan tempat latihan bagi mereka yang berminat dengan penanaman cendawan.

      “Penanaman cendawan bukanlah sesuatu yang mudah dan mereka yang berminat perlu mempunyai pengetahuan mengenainya,” katanya.

      Berfikiran jauh, Zainon telah memikirkan mengenai lambakan cendawan di pasaran, beliau telah mula mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya.

      Bekerjasama dengan beberapa orang anak muda yang juga saudaranya, Zainon telah memasarkan produk hiliran cendawan secara kecil-kecilan.

      “Buat masa ini kami telah menghasilkan begedil, popia inti cendawan, serunding, pau berinti cendawan dan tempura yang mendapat pasaran yang menggalakkan di sekitar bandar Kelang, Selangor.

      “Apabila industri hiliran mendapat sambutan yang menggalakkan saya bercadang menambah tiga lagi rumah cendawan tahun ini,” katanya yang mendapat geran Groombig dari SIRIM bagi pelabelan dan pembungkusan.

      Nota: Pn Zainon juga akan mengadakan Kursus Menghasilkan Produk-Produk Berasaskan Cendawan pada 22hn-03-2008 di Bukit Raja, Klang

      Lagi Keberkesanan EM Kepada Cendawan

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:23 AM | 0 comments »




      Salam... yang nie hasil cendawan yang saya gunakan EM. Memang selain menambah daya tahan penyakit terhadap bongkah cendawan, cendawan yang dihasilkan dari menggunakan EM adalah 'besar-besar' dan kenyal rasanya. Saja saya bawak balik cendawan besar dari hasil menggunakan EM ini ke rumah utk dikongsi bersama keluarga. Jadi mana yang rasa was-was lagi untuk menggunakan EM tu jgn tunggu lama-lama nanti lama-lama hehe... Selamat mencoba!!

      “PENDAPATAN TAMBAHAN BERASASKAN CITARASA CENDAWAN

      Peluang menjadi usahawan asas tani citarasa cendawan. Pulangan lumayan. Tempat terhad untuk 100 orang peserta pertama sahaja. Terbuka kepada bakal-bakal usahawan tani, para penanam cendawan dan orang perseorangan.

      Tarikh : 22.03.2008

      Tempat : Bukit Raja, Klang

      Masa : 9:00 pagi – 4:30 petang

      Yuran : RM80.00/orang

      Tarikh Tutup : 19.03.2008

      Anjuran : Pn. Zainon Binti Ariffin
      Akrab Niaga Enterprise
      Batang Kali, Hulu Selangor

      Kelebihan menghadiri bengkel ini, anda akan di ajar menghasilkan produk - produk makanan yang berasaskan cendawan selain hanya boleh di masak sebagai sayur, taklimat daripada Pengusaha / Penanam Cendawan dan ilmu-ilmu berkaitan cendawan.

      Pn. Zainon Binti Ariffin merupakan penanam/pengusaha cendawan tiram kelabu di Batang Kali Selangor. Bekas Penolong Pengurus dari Telekom Malaysia ini merupakan seorang yang komited, berdedikasi dan sentiasa bekerja keras agar apa yang di usahakan membuahkan hasil yang membanggakan.

      Para peserta akan diberikan produk makanan keluaran syarikat, makan dan minum tengah hari secara PERCUMA!!!! Jangan berlengah, hubungi kami untuk tempahan tempat!!!!!

      Kami juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga yang berminat membeli produk-produk dingin beku keluaran syarikat kami seperti tempura cendawan, pai cendawan, serunding cendawan, pau cendawan, popia cendawan, cendawan segar dan lain-lain. Pembelian adalah secara borong sahaja.

      “PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN. TIADA SIAPA DAPAT MENGUBAH NASIB SESEORANG MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI. REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI SEBAGAI PERMULAAN ANDA MELANGKAH MENJADI USAHAWAN BERJAYA”

      Cepat! Mulakan langkah anda dengan bertindak menyertai bengkel khas kami yang julung-julung kali diadakan di Lembah Klang. Hubungi kami di talian:-

      03 3341 7078 (Pejabat), 012 300 8918 (Nona) atau 016 382 9824 (Niza)

      Kursus Cendawan Mutiara Mushroom #2

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:22 AM | 0 comments »

      Alhamdulillah pada hari Khamis 06/03/08 yang lalu telah berlangsung kursus cendawan buat kali ke-2 dimutiara mushroom. Segalanya berjalan dengan lancar dan diucapkan terima kasih banyak-banyak kepada peserta kursus yang datang. Semoga impian untuk memulakan projek cendawan anda akan terlaksana sedikit hari lagi insyaAllah. Saya dimutiara mushroom akan memberi sepenuhnya kerjasama untuk menjayakan projek cendawan anda.

      Penggunaan EM keatas Tanaman Jambu.

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:21 AM | 0 comments »

      Kepada pengusaha tanaman jambu, memang boleh sangat la gunakan aplikasi EM ini keatas tanaman anda. Memang bertambah-tambah lebat dan subur tanaman jambu anda. Satu lagi tanaman yang sudah menampakkan hasilnya setelah menggunakan baja EM dengan cara penggunaan yang betul akan memberi impak maksimum kepada tanaman ini.




      Pokok jambu yang menggunakan baja EM, memang lebat-lebat bunga buah jambu yang keluar.




      Pokok jambu yang tidak diberikan baja EM. hmmm... kesian plak tengok pokok jambu ni tak lebat mana pulak... memang berbeza sangat kedua-dua pokok yang menggunakan baja EM dan yang tidak menggunakan baja EM ini..

      Dari Makmal (yg tak seberapa) Rahsia (Part 2)...

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:21 AM | 0 comments »



      Sambungan cerita dari makmal (tak seberapa) rahsia... gambar diatas diambil pada 21/020/08. Selepas menggunakan EM, memang dalam masa sebulan dah penuh masilium tu oppsss... nanti kite cerita panjang pasal EM nie. Sebenarnya ada pelbagai produk EM yang berada dipasaran pada ketika ini. Ada yang akan memberi impak maksimum kepada bongkah cendawan dan ada juga sebaliknya. EM juga perlu digunakan pada masa-masa yang sesuai untuk mendapat impak maksima berserta menggunakan EM yang betul (maksud saya menggunakan EM [A] pada waktu yang sesuai untuk EM [A] dan juga sebaliknya menggunakan EM [B], [C] dan sebagainya.




      ermm.... dah pun mengeluarkan hasil... cendawan-cendawan yang dibuat pada 31/12/07 tu... jadi penggunaan EM yang betul pada waktu yang betul akan memberi impak maksimum kepada bongkah cendawan anda... untuk pengeluaran pertama kira-kira 98% bongkah mengeluarkan hasil yang sama banyak dengan pengeluaran kedua bagi bongkah cendawan yang tidak menggunakan EM. Bebas penyakit 100% (ermm...maybe takpercaya tapi takpe laa :p


      episod akan datang di makmal (tak seberapa) rahsia... (bagai mana EM melawan kulat oren... kulat hijau tu mmg tak boleh lawan EM (memang awal-awal dah tak mampu nak lawan EM), tetapi bagaimana pula dengan kulat hitam???).. nantikan pada episod akan datang..



      Kursus Gerak Gempur Cendawan Tiram #1

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:20 AM | 0 comments »

      Alhamdulillah.. kursus buat pertama kalinya telah selesai dibuat pada 01/03/08. Sebenarnya kami tidak menganjurkan kursus buat pada masa ini, memandangkan ada permintaan dan masa yang sesuai maka kami buat kursus khas gerak gempur cendawan ini untuk tujuan mengetahui dengan lebih dekat situasi sebenar semasa 'ops cendawan' dijalankan apabila pulang nanti disamping teori penanaman cendawan berserta teknologi EM dan sebagainya.

      Terima kasih diucapkan kepada En Fariez sekeluarga kerana sudi datang berkursus ditempat kami, semoga mencapai apa yang diingini suatu hari nanti insyaAllah...

      Dari Makmal (yg tak seberapa) Rahsia....

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:20 AM | 0 comments »

      gambar ni diambil pada hari jumaat 25/01/08 eheheh.... :P ohh yer... tunggukan news dari makmal (yg tak seberapa) rahsia nie lagi kerana saya akan menunjukkan bagaimana EM yang digunakan mampu melawan dan menghapuskan kulat oren dan malahan melawan kulat hitam... tungguuu......

      Benih Cendawan Tiram

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:19 AM | 0 comments »



      Ada beberapa benih cendawan tiram yang berada dipasaran ketika ini, disini saya ingin menunjukkan benih dari pada pengeluar benih cendawan dan bagai mana hasil cendawan tiram yang keluar supaya mudah untuk anda memilih cendawan tiram yang bagai mana yang anda suka. Benih diatas ini diambil dari CNC, johor. memang boleh dikatakan penggunaan benih cnc ini mengeluarkan hasil yang bagus.... tetapi....ada beberapa perkara yang perlu diambil kira jika ingin menggunakan benih ini... certain part kat m'sia ini dia taknak keluar... hmm.. ganjilkan... tapi tu laa hakikatnya... disamping itu juga.. ada prob lain yang agak menyukarkan kita.. tetapi keseluruhannyer bagi siapa yang gemarkan cabaran.. maka benih cnc ini sesuai untuk anda :)


      Ini pula benih daripada vita, selangor. Ada beberapa lagi pengusaha diselangor yg mengeluarkan benih cendawan tiram, tapi yg ada dlm gambar ni benih cendawan dari vita. Keseluruhannyer benih cendawan vita mmg elok, mengeluarkan hasil seperti yang dijangkakan, menggunakan plastik benih yang baik, dan bagi mereka yag sukakan cendawan tiram yang hasil cendawanyer berwarna agak keputihan maka benih vita adalah yg sesuai untuk anda. Tetapi..... hasil pengeluaran pertamanyer tidak banyak seperti benih diatas... akan mula mengeluarkan hasil cendawan yang banyak pada pusingan berikutnya.




      Cantik, itu adalah pandangan pertama saya pada benih cendawan ini. Masih belum diuji sepenuhnya, tetapi dari pandangan sahabat lain pengusaha cendawan mengatakan hasil benih cendawan yang dibeli dari citra ini adalah bagus. Kita tunggu hasilnya pada pengeluaran akan datang :)

      P/s: Diucapkan ribuan terima kasih kepada saifulam, tunas alam, citra yang banyak membantu saya membelikan benih cendawan. Maklum la memang takda bekalan benih cendawan di perak ni.

      Kesan Penggunaan E.M Didalam Tanaman Limau Kasturi

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:19 AM | 0 comments »

      Ni gambar limau kasturi yang saya gunakan sebagai ujikaji menggunakan E.M, hasilnyer memang limau kasturi ni menghasilkan buah-buah yg lebat, berat dan buahnyer besar-besar. Ada yang menggelarkannyer grade super A, saya pun tak berapa tahu pasal grade buah limau ni. tapi ni laa hasilnyer setelah menggunakan E.M sebagai bajanyer... nak tahu mcm mana cara dan E.M yang dihgunakan kena dtg farm laa hehe :)



      bukan satu jer buah-buah limau kasturi ni yang besar tau, tgk gamba tu adik beradik dia pun sumer besar-besar hehehe.... sapa yg berniaga limau kasturi tu atau yg bercadang nak niaga limau kasturi tu mmg bagus sangat laa guna E.M yg saya pakai ni...






      Macam mana.... takpercaya ker?? heheh... tu saya letak limau kasturi tu kat tgn jadi boleh buat perbandingan mcm mana besarnyer limau kasturi tu, mungkin besar sikit dari bola pingpong kot. boleh digunakan limau kasturi ni utk buat teh-o ais limau atau air limau buat penghilang dahaga lepas buat bancuhan, bagging dan sebegainyer... penatzZzz wooOOoo......

      Kesan Pengunaan E.M Didalam Cendawan Tiram

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:18 AM | 0 comments »


      Ini antara hasil 1st batch bongkah cendawan saya menggunakan teknologi E.M, memang besar-besar hasil cendawan yang keluar, sehingga ada yang mencecah 150gram. Memang sukar nak percaya tambah lagi 1st pengeluaran pulak tu. Alhamdulillah...




      tengok laa gamba cendawan tu, mana yang boleh agak berat dia tu ialah 100gram, memang sungguh berkesan menggunakan E.M didalam campuran bahan membuat cendawan nie, tetapi kita bincang pasal E.M secara khusus didalam topik lain :)




      Ini pulak hasil cendawan hari ni, tak banyak mana pun... anggaran dlm 1.3kg jer, Alhamdulillah sepanjang minggu ni setiap hari pengeluaran cendawan dlm jumlah mcm tu. kena belaja dulu handle yg mcm nie sebelum baru boleh nak handle yg byk-byk hehe :)

      Kursus Cendawan

      Posted by Mutiara Mushroom | 12:12 PM | 0 comments »


      Contact

      Posted by Mutiara Mushroom | 12:08 PM | 0 comments »

      Abd.Malik
      Lot 1002, Kebun Rambutan,
      Jln. Sg. Manik,
      36000 Teluk Intan,
      Perak.

      Tel: 012-3947266
      Email: mutiaramushroom@gmail.com

      Links

      Posted by Mutiara Mushroom | 11:38 AM | 0 comments »



      Skim Kontrak Farming Yang Menguntungkan Diuruskan Pembiayaan Dan Pemasaran

      1. Kursus Perniagaan dan Penanaman Cendawan Oyester
      Tarikh : 1-2 February 2008 (08:00 pagi – 05:00 petang)
      Tempat : Wisma Belia, 40 Jln Syed Putra, Kuala Lumpur
      Bayaran: RM 300 seorang
      (minum pagi & petang, makan tengah hari hari, sijil, peralatan kursus)

      Hubungi: Pengarah Latihan & Usahawan
      Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Kelantan (DPIMNK)
      Pt 135, Tk 2, Jln Tok Hakim,
      15000 Kota Bharu, Kelantan.
      Tel : +609-747 1131/ +609-743 4031
      Hp : +6013-983 8963 Hp : +6017-958 8728

      Ibu Pejabat: DPIMNK/ Koko Negeri Sdn.Bhd.
      11A, Jln Industri USJ 1/3,
      Tmn Perindustrian USJ 1,
      47600 Subang Jaya, Selangor.
      Tel : +603-8024 9888
      Hp : +6017- 605 1470 Hp : +6019-372 8458
      Web :
      www.mascellent.com

      Tarikh tutup pendaftaran : 28 Januari 2008

      Salam Perkenalan Dari Mutiara Mushroom......

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:16 AM | 0 comments »



      Alhamdulillah sempena tahun baru 2008 dan tahun baru hijrah 1429 ini dapat saya membuat laman web untuk berkongsi serba sedikit mengenai projek cendawan tiram kelabu. Tanaman ini mula diusahakan pada bulan Ogos 2007 untuk tujuan percubaan, setelah proses percubaan berjaya dilakukan pihak kami sekeluarga mula memulakan ops projek cendawan ini sedikit demi sedikit sehingga hari ini.

      Semoga sokongan dari perlagai pihak, terutamanya kepada sifulam yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dan tak lupa juga kepada fatisha dan tunas-alam yg membantu dari segala segi didalam menjayakan projek ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Normah Ibrahim dan juga kepada tenaga-tenaga pengajar UPM .

      Senarai Kursus Cendawan 2008

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:15 AM | 0 comments »

      Salam Maal Hijrah

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:14 AM | 0 comments »

      Salam Maal Hijrah 1429 untuk semua, semoga sama-sama kita berhijrah daripada kehidupan yang baik kepada kehidupan yang lebih baik lagi dan semoga industri cendawan di Malaysia bertambah baik pada tahun ini....


      "Pertanian Adalah Perniagaan......"

      Selamat Tahun Baru 2008!!

      Posted by Mutiara Mushroom | 8:13 AM | 0 comments »

      Glitter Photos


      Selamat Tahun Baru 2008 kepada anda semua dan semoga pada tahun ini pengusaha-pengusaha cendawan diseluruh Malaysia akan bertambah berjaya didalam kerjaya masing-masing, insyaAllah...